Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

Posted on Tuesday 26 May 2009

Soalan:
Usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu telah dijalankan sejak sekian lama. Apakah peranan kita dalam usaha tersebut?
 Siti Aishah Mohd. Yusop
Kuala Lumpur
 

Jawaban:
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian, kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri. (Continue reading…)

ghalib @ 1:04 am
Filed under: umum and Isu Bahasa
Cara untuk mengenal pasti kehendak soalan karangan

Posted on Saturday 7 March 2009

Apakah kehendak soalan karangan?

Oleh Cikgu Abdul Ghalib bin Yunus

Pada suatu hari, Shazwan dan Logan telah menemui guru mereka di bilik guru untuk mendapatkan kepastian tentang kehendak soalan karangan. (Continue reading…)

ghalib @ 10:04 pm
Filed under: PMR
Skema Jawaban Kertas Bahasa Melayu TG. 5 Ujian Setara 1

Posted on Monday 2 March 2009

Soalan 1
Pengenalan
Petikan menyatakan langkah-langkah/strategi/cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu [2M] (Continue reading…)

ghalib @ 5:22 pm
Filed under: SPM
Teks Bahas Ala Parlimen

Posted on Sunday 1 March 2009

Sesiapa yang memerlukan khidmat nasihat untuk menulis teks bahas ala parlimen sama ada untuk pertandingan atau tugasan karangan, sila hubungi saya melalui e-mel agy7500@yahoo.com.my

 

ghalib @ 7:39 pm
Filed under: info semasa
Tugasan Karangan yang diberikan oleh guru

Posted on Sunday 1 February 2009

Banyak pelajar yang singgah di laman sesawang ini untuk mendapatkan karangan contoh. Terima kasih saya ucapkan. Namun, saya ingin mengingatkan semua pelajar bahawa tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Pelajar hendaklah mempelajari teknik penulisan karangan yang betul. Sila pastikan teknik penulisan karangan yang diajarkan oleh guru telah difahami. Guru anda memberikan tugasan tersebut kerana beliau ingin mengetahui bahawa adakah anak-anak muridnya telah dapat mengaplikasikan teknik yang telah diajarkan itu difahami.

JIka pelajar ingin meminta bantuan daripada saya untuk menyemak karangan tersebut, saya alu-alukan. InsyaAllah, saya akan meningkatkan kualiti karangan tersebut. JIka pelajar ingin membaca karangan contoh sebagai rujukan, sila dapatkan buku Esensi Bahasa Malaysia SPM atau Esensi Bahasa Malaysia PMR yang diterbitkan oleh Pearson-Longman Malaysia.

JIka ingin mengemukakan soalan, sila hubungi saya melalui e-mel, agy7500@yahoo.com.my

 

Drp:

Cikgu Ghalib

Sila layari juga http://agy7500.blogspot.com

 

ghalib @ 3:25 pm
Filed under: umum
Maklumat Yang Terkini 2009

Posted on Monday 19 January 2009

Dengan ini dimaklumkan bahawa maklumat terkini akan saya paparkan di dalam http://agy7500.blogspot.com

Harap maklum.

ghalib @ 8:36 pm
Filed under: info semasa
Soalan Kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu SPM 2008

Posted on Sunday 16 November 2008

Beberapa soalan yang terdapat dalam Buku BM yang ditulis oleh Cikgu Ghalib dan Dr. Ghazali keluar dalam soalan SPM 2008: (Continue reading…)

ghalib @ 12:41 am
Filed under: SPM
Pecutan Akhir - Drama Jgn Bunuh Rama-rama

Posted on Sunday 9 November 2008

i. Apakah sifat-sifat Nur Atma I seperti yang digambar olehnya dalam petikan di atas? [3 markah] (Continue reading…)

ghalib @ 10:38 am
Filed under: SPM
Pecutan Akhir - Drama Kerusi

Posted on Sunday 9 November 2008

Soalan: 

Baca petikan drama di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri. (Continue reading…)

ghalib @ 10:29 am
Filed under: SPM
Karangan Dimensi KOMSAS - Ulasan Novel

Posted on Friday 7 November 2008

Soalan:
Anda pernah membaca sebuah novel yang menarik. Anda ingin mengulas novel tersebut untuk disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tulis ulasan tersebut dengan lengkap. (Continue reading…)

ghalib @ 10:09 pm
Filed under: SPM